Owner Post Follow Dash



Welcome to my blog ❤
Welcome to my blog ❤;



Instagram : YOU
SYURGA BIDADARI
Thanks for read my blog

I LOVE ALLAH

Assalamualaikum and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

[Thankyou for read my blog :)]


Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry saya
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Nurrasya








Assalamualaikum. Setelah sekian lama lama lama dan sangat lama menyepi kini saya kembali lagi ihikk ihikk. Ok harini nak promote satu produk kecantikkan yang baru iaitu Produk Nurrasya. For everyone yang berminat boleh whatsapp saya sendiri di 0139916143. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah muka boleh la mencuba produk baru ini. Produk ini sangatlah bersesuaian untuk lelaki atau perempuan. 

✔️ 100% tanpa bahan kimia
✔️ 100% dibuat dari bahan semulajadi
✔️  Bertahan untuk 2-4minggu penggunaan(depens pada penggunaan masing-masing) 



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

5 Ramadhan 1436H


           
5 hari mencari cinta
Bagaimana? Bahagia?
Atau masih terpinga-pinga
Dengan keadaan yang berbeza?
Tiada rasa apa-apa?
Takpe , ada banyak hari lagi
Andai masih bernyawa.


       Assalamualaikum . Salam Ramadhan everyone ! :) Apa khabar semua? Harini baru ada kesempatan nak update entry baru hehe. Firstly , syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk bertemu bulan ramadhan tahun ini. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk smua umat Islam. So how your life in ramadhan guys? Harap semua nya berjalan dengan lebih baik. Alhamdulillah hari ini adalah hari yang kelima bagi umat Islam menyambut dan bertemu ramadhan al kareem dan malam ini sudah memasuki malam keenam kita berterawih. 

      Tahun ni berbeza bagi saya menyambut ramadhan memandangkan ini adalah first year bg sy berpuasa di rumah setelah dua tahun hidup diperantauan(besut tu je pun , 2jam xsampai dari kuala terengganu ni ha hehe) tnpa family kerana satu kewajipan yang sgt dituntut hehe. syukur sy masih diberi peluang untuk merasai ramadhan bersama dengan orang yang tersayang walaupun ia sgt berbeza berbanding tahun sebelumnya. 

      Ramadhan ? Ramai je yang menyambutnya , ramai je yang puasa tapi agak-agak sempurna tak puasa kita ni? *check diri sendiri* kadang-kadang benda yang wajib yang dtg hanya sekali setahun mcm bulan ramadhan ni ramai je yang buat tp xsempurna pun ibadah mereka but sesetengah je ok. Kenapa saya cakap sesetengah? Puasa tapi tak solat? Agak-agak sempurna x ibadah mereka? Sy xde lah nk jadi alim ulamak , nak jadi ustazah or whatever la tp ni jugak untuk peringatan diri sendiri dan kawan-kawan. Kalau awak puasa cik adik tp awak xsolat its better xpayah puasa lah sbb puasa awak tuh sia-sia je. Dah yang wajib tiap-tiap hari kena buat awak tinggalkan , yang wajib dtg  sekali setahun awak buat. tak ke pelik nampak? Fikir-fikirlah. 

     Begitu juga dengan solat terawih. If kita xmampu nak buat 20rakaat , kita tunaikan 8rakaat + 3rakaat untuk witir. Nabi pun buat  8rakaat je selebihnya Nabi buat dekat rumah. Ni lagi satu , kalau kita solat terawih tp witir kita xbuat nampak xcantik solat kita even solat witir tu sebenarnya sunat je buat bagi mengakhiri solat-solat sunat termasuk solat sunat  terawih. .Ada satu hadis berbunyi :

"Jadilah solat terakhir pada malam sebagai solat witir" [Hadith Riwayat Al-Bukhari #998,Muslim #751]

    Sebenarnya kedua-dua solat sunat ni tak WAJIB pun hukumnya akan tetapi ganjaran mengerjakan solat witir pada bulan Ramadhan ni amat tinggi nilainya. Nabi saw bersabda :- 

"Barangsiapa yang bersolat di malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan ,maka dosa-dosa yang lalu akan diampunkan" [Hadith Riwayat Al-Bukhari #2009]


    Ok bercakap mengenai solat sunat terawih , bg siapa-siapa yang berpeluang & berkemampuan cubalah rebut peluang tu sebab bukan senang nak jumpa peluang yang dah ada depan mata . Tunggu usaha buat je. Alhamdulillah saya juga diberi peluang untuk menunaikan solat terawih. Syukur sekali lg , sy juga diberi peluang untuk mensyukuri nikmat yang diberi. Taktala kita yang masih sihat walaufiat ni kadang-kadang alpa leka dengan nikmat dan kekayaan dunia sehingga meninggalkan segala suruhanNya , tapi masih ada orang yang xsihat tubuh badan mereka tapi masih diberi peluang oleh Allah untuk mengerjakan ibadah. Tersentuh saya melihat mereka-mereka yang masih bersungguh sungguh mengerjakan ibadah sedangkan keadaan mereka tidak sesihat tubuh badan kita.

    Sepanjang 5 malam berterawih , semalam saya diberi peluang untuk menunaikan terawih di sebelah seorang perempuan yang tak berapa sihat tubuh badannya. SubhnaAllah! Saya tersentuh melihat perempuan disebelah saya! Menitik air mata saya taktala melihat dia sujud disebelah saya ... membuatkan saya untuk berfikir sejenak. "Ya! Aku pernah melalui semua ini seperti dia. Walaupun aku hanya sebulan xdapat solat dengan sempurna dalam keadaan berdiri, tapi aku pernah menunaikan solat dalam keadaan sakit seperti dia" Ya Allah! Satu perasaan yang xblh nk digambarkan ... Kita lihat orang dalam kesusahan mengerjakan solat , kita yang dh pernah lalui apatah lagi.Setiap kali sujud ,xberhenti air mata ini jatuh ke atas sejadah. Allahuakbar! Allah tak pernah membebani seseorang diluar kemampuan hambaNya .

     Kita kadang-kadang yang sihat tubuh badan ni pun malas nk tunaikan solat , apatah lagi orang yang lama sakit nya tapi masih mampu menunaikan solat. Terasa kerdilnya diri ini taktala kita bersama-sama dengan orang yang berlainan ujian mereka berbanding kita.Kdg -kdg dgn cara mendekati orang yg lebih susah dari kita pun , dapat muhasabah diri kita sendiri. Dapat cari siapa diri kita yang sebenarnya . 

     Ok next , nak bagi tips sikit bagi nak mudahkan dan capai #Ramadhangoals katakan . Bagi sesiapa yang nak khatam Al-Quran dalam bulan mulia ni , try guna panduan kat bawah ni:-

 Al-Quran ada 600 m/s , 1 Bulan = 30 hari. 
600 m/s / 30 hari = 20muka surat 1 hari.
Subuh : 4 muka surat
Zohor : 4 muka surat
Asar : 4 muka surat 
Maghrib : 4 muka surat
Isyak : 4 muka surat.                                                                                                
                                                 
     Selain itu jugak , cuba-cuba lah perbanyakkan amal ibadah kita di bulan puasa ni. Ha jgn bulan puasa je tau ,bulan-bulan lain pun buat jgk amal ibadah nya tp bulan puasa ni lebih-lebihkan lah.Cthnya mcm banyakkan bersedekah , cuba baca al-quran setiap hari , jaga amal ibadat kita , jaga perangai kita ,tutup aurat and whatever lah. Tapi mintak jauh lah ntuk semua perkara yang tak elok kan. 

Orang yang bertuhankan ramadhan ,
Dia hanya baik time ramadhan.
Tapi, 
Orang yang bertuhankan Allah,
Dia akan baik sampai mati.

    Untuk sahabat dan diri sendiri , moga istiqamah untuk kembali ke jalan Allah. Nak berubah mudah tapi nak teruskan perubahan tu payah. Nak berubah? Tabahlah! Teruskanlah jadi lebih baik & jangan berhenti. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Semoga Allah terus membuka pintu hati kita untuk terus mendekatiNya dan semoga Allah kuatkan iman kita. Moga kental wahai hati. 

    Cukup sampai setakat ini dahulu. Maaf andai ada terkasar bahasa dari saya. Dan segala penceritaan itu bukanlah bermaksud untuk riak tapi untuk kita sama-sama muhasabah diri menjadi yang lebih baik .Mana yang baik adalah datang dari Allah dan mana yang buruk datang dari saya sendiri. Selamat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan selamat menunaikan solat sunat terawih. Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang paling terbaik berbanding ramadhan yang sebelumnya . In Shaa Allah :)





    





People come and go

            Assalamualaikum . Selamat petang. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis entry kali ni. Ok guys berbalik pada tajuk :) well! siapa yg xpernah kan alami benda ni. People come and go! Im sure everyone akan lalui benda yang sama . But , samada mereka akan datang & pergi dari hidup kita untuk jangka pendek atau lama. Itu serahkan pada Allah.Takdir yang memnentukan segalanya .Someone that we have loved with all of our hearts one day , quite literally ,vanish our from life.Not necessarily from death .Not even from rancor. Sometimes simple circumstance can take a best friend , a lover or a partner right out of your hands.... never to be seen again. 

Thats sad.But thats life :)


       There  are times that I sit at beach and just think of all the people who have wandered away from me. I remember all of the people that I have wandered away from and then I wonder ,will there ever be a time when they might reconnect? Not just for a "blast from the past" but a real reconnection , a rejoining a resumption of the friendship routine as if the split had never happened. Probably not , but it has happened and I dwell in hope that it might happen again.


But its okay.Ini lah lumrah kehidupan yang harus dan wajib kita lalui samada kita redha menerima atau x dalam kehidupan kita . Terima kasih untuk yang hadir lalu pergi. Dan terima kasih untuk yang hadir , semoga ukhuwah kita kekal ke Jannah Allah , in shaa Allah . MSB :) 



Perempuan dan Fitnah

Asssalamualaikum . Alhamdulillah harini diberi keizinan ntuk sy menulis entry berkaitan Perempuan & Fitnah.
Perempuan & fitnah memang tidak dapat dipisahkan. Ini adalah satu ujian yang paling susah untuk kita adapt kadangkala. Namun begitu ia juga mengajar bagaimana cara untuk kita berhadapan dengan situati fitnah begini

Saat menulis ini jantungku masih berdebar-debar. Terasa begitu takut dengan satu situasi yang baru mengetuk. Betapa, perempuan itu sentiasa terdedah kepada fitnah. Hatta muslimah yang begitu menjaga juga akan diuji dengan fitnah. Allahu.

Fitnah itu memang ujian buat insan bergelar perempuan. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut beberapa kisah berkaitan fitnah dan wanita ini. Sebagai contoh di dalam surah Maryam iaitu surah ke-19 ayat 27 hingga 34 ada menceritakan bagaimana Maryam dituduh telah melakukan zina sehingga melahirkan anak luar nikah. Antara contoh lain di dalam sirah ialah peristiwa Haditsul Ifki yang menimpa Ummul Mu'minin, Saidatina A'isyah R.A. di mana A'isyah difitnah melakukan perbuatan sumbang. Allah telah membersihkan nama baik A'isyah dalam surah An-Nuur yakni surah ke-24 ayat 23 dan 24. Kisah ini turut diterangkan dalam surah yang sama pada ayat 11 hingga 19.

Sedangkan wanita-wanita mulia dan suci begitu juga tak dapat lari daripada fitnah, inikan kita yang lebih banyak noda dan dosa? Sedar atau tidak sedar, kadang-kadang kita sendiri yang mendedahkan diri kita kepada fitnah.
Bagaimana?

Satu:

Kadang-kadang kita leka melayan movies di laptop mahu pun di televisyen sehingga terlewat solat fardhu kita. Nah, satu ruang fitnah untuk muslimah yang saksinya 'hanya Allah yang layak disembah' tapi perbuatannya tak selari dengan penyaksian.

Dua:

Kita pantang tahu ada sales untuk tudung dan jubah rekaan terbaru, jadi kita sanggup berhabis duit membeli dan memborong. Sekali lagi ruang fitnah untuk muslimah, pakaian yang dipakai untuk menutup aurat atau untuk dipamer dan dilihat? Pakaian yang mengikut syariat itu adalah pakaian yang menutup aurat dan juga tidak membazir ketika membelinya.

Tiga:

Ketika bermesyuarat melibatkan lelaki dan perempuan secara tidak sedar perbincangan dah jauh melencong dari agenda sebenar. Kadang-kadang langsung membawa kepada lagha, disertakan dengan gelak tawa lagi. Adesss, ini fitnah yang sangat aku takut, fitnah berkait dengan lelaki.

Ya Rabb, ujian fitnah ini amat berat.

Semua fitnah-fitnah itu jika tak ditangani dengan betul dan bijaksana, malah membawa fitnah kepada agama pula. Na'uzubillahi min zalik.

Tak semudah yang disangka untuk kita mengelak fitnah. Mungkin fitrah seorang wanita itu mudah terdedah kepada fitnah. Tetapi kita sekurangnya boleh cuba untuk menjauhkan diri daripada asbab kepada fitnah terjadi.

Sentiasa melazimi diri dengan Al-Quran. Sentiasa tadabbur dan hayati setiap kalam Ilahi. Bergembiralah dengan ayat rahmatNya dan takutilah pada ayat azabNya. Dengan itu kita akan lebih berusaha untuk menjadi hambaNya yang taat.

Bersederhanalah dalam setiap pekerjaan dan amalan. Selalunya berlebihan itu akan mengundang jarum-jarum syaitan untuk menghasut. Bersederhana dalam berpakaian, supaya tidak tersasar niat menutup aurat dan tidak membazir. Bersederhana dalam bekerja supaya tidak tersasar niat mengejar dunia bimbang ditinggal akhirat.

Jauhi penggaulan dengan ajnabi jika bukan dalam keadaan yang diperlukan syarak. Islam bukan agama yang jumud yang langsung mengharamkan muamalah antara lelaki dan perempuan. Tetapi ada batas yang ditetapkan syarak. Ikuti segala syarat dan laranganNya insyaAllah, semuanya berjalan lancar.

Andai juga kita telah berusaha menjaga diri dan berhati-hati supaya tidak dijengah fitnah tetapi masih juga terpalit kotoran fitnah itu, bersabarlah dan mohon pertolongan Allah. Boleh jadi Allah mahu menguji sekuat mana iman kita. Yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah  tak pernah meninggalkan hambaNya sendirian dan Allah tak pernah menzalimi hambaNya.

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar."
[Al-Ahzaab 33:35]



All rights reserved 2015 © JULIA AYUNNY HAZWANY BT JAFRI. Thank you so much