SYURGA BIDADARI I LOVE ALLAH ![]() Assalamualaikum and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Bagaikan melawan arus dunia . ![]() Ketika ada manusia yang mempertahankan dan menyampaikan ajaran Islam, masyarakat pula tegar mengikut gaya hidup barat. Tidak cukup mengikut, masyarakat jadi bangga. Sebut sahaja orang putih, ada manusia yang akan teruja. Sungguh, pemikiran yang masih dijajah. Tetapi apabila disebut orang Islam atau orang Arab, ekpresi pula menonjolkan kesinisan. Yang terbayang, orang-orang kolot cuma! Ketika kita sendiri cuba beramal dengan ajaran Islam, ada waktu, kita diketepikan. kita diejek, dihina dan dipulaukan. Ketika kita berbicara mengenai sesuatu lalu menyentuh sedikit mengenai Al-Quran dan Hadis, ada manusia yang membuang muka dan memekakkan telinga lalu meninggalkan kita tanpa menoleh lagi. Sungguh tidak mudah melawan arus. Ketika masih remaja inilah. ALLAH berikan kekuatan kudrat dan kesegaran akal fikiran. Masa inilah untuk bersuka-ria. Masa inilah untuk melihat segalanya. Dan masa inilah untuk merasai semua. Saya pernah mendengar seseorang berkata, “Masa remaja nilah kita kena rasa semua. Pasal agama jangan fikir dulu, yang penting kita jangan keluar Islam sudah!” Saya percaya dan saya menghabiskan masa remaja inilah untuk bersuka-ria. Mencuba perkara yang ingin saya cuba dan menjelajah ke mana yang mampu dijelajah. Tapi untuk tidak beramal dengan agama, saya langsung tidak setuju. Manusia yang hidup tanpa agama, maka tiada erti Dulu, saya akui, adakalanya jiwa saya sedikit tercuit melihat telatah remaja dan sesetengah kawan-2 saya yang kelihatan hidup mereka langsung tiada masalah. Sentiasa ketawa. Sentiasa bergembira bersama rakan sebaya. MashaAllah. Saya rasa hidup berada di dunia mereka mesti rasa lapang . Namun seiring dengan perjalan waktu, saya mendapat tahu sesuatu. Rupanya ramai diantara mereka yang jiwanya sangat-sangat sesak , termasuk saya sendiri :( Berbual-bual mendekati mereka, dengan cara itu saya cuba bersoal jawab soal kehidupan dengan mereka. Ada yang jiwa sangat kacau. Ada yang bermasalah dengan keluarga. Ada yang tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Malah ada yang mengaku hidupnya seolah-olah untuk orang lain atau dalam erti kata lain, bertuhankan manusia . Kegembiraan mereka itu, hanyalah rekaan sebenarnya. Rekaan sahaja ! saya ulang , 'rekaan' Mendengar setiap kisah mereka, menggamit sedih dihati. Betullah, jauh dari agama bermakna menjadi mayat hidup . selaras itu , saya cuba untuk menolong mereka . semoga Allah permudahkan jalan saya ini . amin :') Dunia ini, hanyalah tempat persinggahan dan seperti sebuah permainan. “Ketahuilah, bahwa sesungguh nya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara karnu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhrat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan belaka.” – Surah Al-Hadîd : 20 Pun begitu, jangan sesekali menjadi penghukum kepada manusia lain . Tugas manusia hanyalah pengamal dan penyampai. Titik . Sekiranya manusia lain masih mahu menolak, maka bertawakallah kepada ALLAh Ta’ala. Pssst! Kita semua bersaudara , kan ? Semoga bertemu dalam doa yang menginginkan kesejahteraan bagi saudaranya yang lain. ALLAh jualah yang berhak dan berkuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadiannya! Wallahu’alam. Semoga ALLAh merahmati. sekadar untuk renungan semata-mata yang telah menghayutkan kita pada hari ini (: |