SYURGA BIDADARI I LOVE ALLAH ![]() Assalamualaikum and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
5 Ramadhan 1436H
5 hari
mencari cinta
Bagaimana?
Bahagia?
Atau masih
terpinga-pinga
Dengan keadaan
yang berbeza?
Tiada rasa
apa-apa?
Takpe ,
ada banyak hari lagi
Andai
masih bernyawa.
Assalamualaikum . Salam Ramadhan everyone ! :) Apa khabar semua? Harini baru ada kesempatan nak update entry baru hehe. Firstly , syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk bertemu bulan ramadhan tahun ini. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk smua umat Islam. So how your life in ramadhan guys? Harap semua nya berjalan dengan lebih baik. Alhamdulillah hari ini adalah hari yang kelima bagi umat Islam menyambut dan bertemu ramadhan al kareem dan malam ini sudah memasuki malam keenam kita berterawih.
Tahun ni berbeza bagi saya menyambut ramadhan memandangkan ini adalah first year bg sy berpuasa di rumah setelah dua tahun hidup diperantauan(besut tu je pun , 2jam xsampai dari kuala terengganu ni ha hehe) tnpa family kerana satu kewajipan yang sgt dituntut hehe. syukur sy masih diberi peluang untuk merasai ramadhan bersama dengan orang yang tersayang walaupun ia sgt berbeza berbanding tahun sebelumnya.
Ramadhan ? Ramai je yang menyambutnya , ramai je yang puasa tapi agak-agak sempurna tak puasa kita ni? *check diri sendiri* kadang-kadang benda yang wajib yang dtg hanya sekali setahun mcm bulan ramadhan ni ramai je yang buat tp xsempurna pun ibadah mereka but sesetengah je ok. Kenapa saya cakap sesetengah? Puasa tapi tak solat? Agak-agak sempurna x ibadah mereka? Sy xde lah nk jadi alim ulamak , nak jadi ustazah or whatever la tp ni jugak untuk peringatan diri sendiri dan kawan-kawan. Kalau awak puasa cik adik tp awak xsolat its better xpayah puasa lah sbb puasa awak tuh sia-sia je. Dah yang wajib tiap-tiap hari kena buat awak tinggalkan , yang wajib dtg sekali setahun awak buat. tak ke pelik nampak? Fikir-fikirlah.
Begitu juga dengan solat terawih. If kita xmampu nak buat 20rakaat , kita tunaikan 8rakaat + 3rakaat untuk witir. Nabi pun buat 8rakaat je selebihnya Nabi buat dekat rumah. Ni lagi satu , kalau kita solat terawih tp witir kita xbuat nampak xcantik solat kita even solat witir tu sebenarnya sunat je buat bagi mengakhiri solat-solat sunat termasuk solat sunat terawih. .Ada satu hadis berbunyi :
"Jadilah solat terakhir pada malam sebagai solat witir" [Hadith Riwayat Al-Bukhari #998,Muslim #751]
Sebenarnya kedua-dua solat sunat ni tak WAJIB pun hukumnya akan tetapi ganjaran mengerjakan solat witir pada bulan Ramadhan ni amat tinggi nilainya. Nabi saw bersabda :-
"Barangsiapa yang bersolat di malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan ,maka dosa-dosa yang lalu akan diampunkan" [Hadith Riwayat Al-Bukhari #2009]
Ok bercakap mengenai solat sunat terawih , bg siapa-siapa yang berpeluang & berkemampuan cubalah rebut peluang tu sebab bukan senang nak jumpa peluang yang dah ada depan mata . Tunggu usaha buat je. Alhamdulillah saya juga diberi peluang untuk menunaikan solat terawih. Syukur sekali lg , sy juga diberi peluang untuk mensyukuri nikmat yang diberi. Taktala kita yang masih sihat walaufiat ni kadang-kadang alpa leka dengan nikmat dan kekayaan dunia sehingga meninggalkan segala suruhanNya , tapi masih ada orang yang xsihat tubuh badan mereka tapi masih diberi peluang oleh Allah untuk mengerjakan ibadah. Tersentuh saya melihat mereka-mereka yang masih bersungguh sungguh mengerjakan ibadah sedangkan keadaan mereka tidak sesihat tubuh badan kita.
Sepanjang 5 malam berterawih , semalam saya diberi peluang untuk menunaikan terawih di sebelah seorang perempuan yang tak berapa sihat tubuh badannya. SubhnaAllah! Saya tersentuh melihat perempuan disebelah saya! Menitik air mata saya taktala melihat dia sujud disebelah saya ... membuatkan saya untuk berfikir sejenak. "Ya! Aku pernah melalui semua ini seperti dia. Walaupun aku hanya sebulan xdapat solat dengan sempurna dalam keadaan berdiri, tapi aku pernah menunaikan solat dalam keadaan sakit seperti dia" Ya Allah! Satu perasaan yang xblh nk digambarkan ... Kita lihat orang dalam kesusahan mengerjakan solat , kita yang dh pernah lalui apatah lagi.Setiap kali sujud ,xberhenti air mata ini jatuh ke atas sejadah. Allahuakbar! Allah tak pernah membebani seseorang diluar kemampuan hambaNya .
Kita kadang-kadang yang sihat tubuh badan ni pun malas nk tunaikan solat , apatah lagi orang yang lama sakit nya tapi masih mampu menunaikan solat. Terasa kerdilnya diri ini taktala kita bersama-sama dengan orang yang berlainan ujian mereka berbanding kita.Kdg -kdg dgn cara mendekati orang yg lebih susah dari kita pun , dapat muhasabah diri kita sendiri. Dapat cari siapa diri kita yang sebenarnya .
Ok next , nak bagi tips sikit bagi nak mudahkan dan capai #Ramadhangoals katakan . Bagi sesiapa yang nak khatam Al-Quran dalam bulan mulia ni , try guna panduan kat bawah ni:-
Al-Quran ada 600 m/s , 1 Bulan = 30 hari.
600 m/s / 30 hari = 20muka surat 1 hari.
Subuh : 4 muka surat
Zohor : 4 muka surat
Asar : 4 muka surat
Maghrib : 4 muka surat
Isyak : 4 muka surat.
Selain itu jugak , cuba-cuba lah perbanyakkan amal ibadah kita di bulan puasa ni. Ha jgn bulan puasa je tau ,bulan-bulan lain pun buat jgk amal ibadah nya tp bulan puasa ni lebih-lebihkan lah.Cthnya mcm banyakkan bersedekah , cuba baca al-quran setiap hari , jaga amal ibadat kita , jaga perangai kita ,tutup aurat and whatever lah. Tapi mintak jauh lah ntuk semua perkara yang tak elok kan.
Orang yang bertuhankan ramadhan ,
Dia hanya baik time ramadhan.
Tapi, Orang yang bertuhankan Allah, Dia akan baik sampai mati.
Untuk sahabat dan diri sendiri , moga istiqamah untuk kembali ke jalan Allah. Nak berubah mudah tapi nak teruskan perubahan tu payah. Nak berubah? Tabahlah! Teruskanlah jadi lebih baik & jangan berhenti. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Semoga Allah terus membuka pintu hati kita untuk terus mendekatiNya dan semoga Allah kuatkan iman kita. Moga kental wahai hati.
Cukup sampai setakat ini dahulu. Maaf andai ada terkasar bahasa dari saya. Dan segala penceritaan itu bukanlah bermaksud untuk riak tapi untuk kita sama-sama muhasabah diri menjadi yang lebih baik .Mana yang baik adalah datang dari Allah dan mana yang buruk datang dari saya sendiri. Selamat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan selamat menunaikan solat sunat terawih. Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang paling terbaik berbanding ramadhan yang sebelumnya . In Shaa Allah :)
|